TAG008
Peranan Panglima Tentera Yang Bijaksana
(Philippine Army Chief’s Discreet But Crucial Role)
Terjemahan: Marhaintua
Ketua tentera Filipina Jeneral Angelo Reyes, telah memainkan peranan yang
terunggul dalam memudahkan kejatuhan Presiden Joseph Estrada. Beliau telah
mengalihkan kesetiaannya untuk mengelakkan pertumpuhan darah yang mudah
tercetus. Namun, dia melakukan perubahan itu setelah membuat persedian yang
sungguh rapi dan bijaksana.
Di waktu yang sama dia membiarkan para
penentang Estrada di kalangan rakyat marhaen untuk terus meingkatkan kempen
mereka dalam usaha menyingkirkan bekas bintang filem itu. Dia menentukan agar
angkatan bersenjata Filipina berlagak berkecuali dalam krisis politik negara
yang paling serius sejak negara itu mengnyahkan diktator Ferdinand Marcos pada
1986.
Menteri Pertahanan Orlando Mercado yang telah
bersekongkol dengan Reyes dan semua panglima tentera dan pegawai tinggi
angkatan bersenjata telah menarik sokongan mereka terhadap Estrada pada hari
Jumaat yang lalu. Perkara ini telah diceritakannya pada keesokan harinya
kepada Reuters betapa tindakan itu dilakukan setelah perkara itu difikirkan
semasak-masaknya dan berbulan-bulan lamanya.
“Angie (nama timangan Reyes) tidak akan bertindak
selagi dia tidak memikirkan segala aspek yang perlu diberesken dulu,” demikian
jelas Mercado.
Estrada tunduk kepada keadaan setelah hampir
semua ahli kabinet, angkatan bersenjata dan juga polis mengumumkan betapa
mereka tidak lagi mampu menerima arahannya. Pada hari Sabtu Mahkamah Tinggi
Filipina telah melakukan upacara angkat sumpah untuk Naib Presiden Gloria
Macapagal- Arroyo, yang merupakan saingan politiknya.
Reyes memberitahu, keadaan memihak kepada angkatan
bersenjata dan juga rakyat marhaen apabila Dewan Senat membuat keputusan pada
hari Selasa, mendakwa Estrada mengikut undian 11:10, untuk menolak bukti
pihak pendakwa betapa Estrada telah mengumpulkan 3.3 bilion pesos (YSD$60
juta). Itulah jumlah yang dibalunnya sejak menjadi presiden pada Jun 1998.
Keseluruhan ahli panel pihak pendakwa telah
meletakkan jawatan mereka, seperti yang dilakukan oleh Presiden Senat Aquilino
Primentel. Keresahan rakyat marhaen pun meledak di jalanan kota Manila.
Rakyat marhaen telah bersabar memberikan kepercayaan
kepada proses mahkamah yang berjalan mengikut peraturan perlembagaan negara
dalam penyingkiran seorang presiden, kata
Mercado.
“Selama itu, kami telah memberitahu warga tentera:
jangan campuri masalah politik, bersikap berkecuali, patuh proses perlembagaan
dan biarkan Senat bertindak.”
Tetapi, sebaik sahaja perbicaraan itu kecundang,
proses pendakwaan itu menjadi tercemar dan tidak punyai wibawanya lagi
“hinggakan keadaan terus menjadi tergantung tanpa talinya.”
“Keadaan tidak keruan adalah sesuatu yang dianggap
amat berbahaya oleh warga tentera mahupun masyarakat peniaga hingga mendesak
agar dibincangkan beberapa pilihan yang ada,” jelas Mercado lagi.
Katanya, Reyes telah bertindak untuk menentukan
angkatan bersenjata Filipina tetap bersatu dan berkecuali sejak Estrada
bergelumang dengan kemelut wang sogokan skandal pada bulan Oktober.
Inilah skandal yang menggugat stabiliti politik hingga menonjol ke depan,
kisahnya.
Beberapa unit ketumbukan tentera memilih untuk
berpihak kepda Estrada, sedangkan yang lain telah memusuhinya. Kemungkinan
terjadinya rampasan kuasa secara menggunakan senjata sudah semakin membara.
Reyes menghabiskan masa berbulan lamanya untuk
mengadakan lawatan ke kem tentera di merata negara. Dia menyedarkan mereka
untuk menentukan bahawa kedaulatan negara berasaskan integriti angkatan
tenteranya terjamin dan tidak berbelah-bagi, demikian jelas Mercado lagi.
Jeneral Reyes adalah lulusan Kennedy School of
Government di Harvard dan juga Asian Institute of Management. Sebagai seorang
panglima tentera yang bijaksana dia mempunyai keyakinan bahawa pihak tentera
tidak seharusnya mempunyai peranan dalam kerajaan.
Dalam hal ini pada tahap akhirnya, mengikut Mercado;
Reyes telah berbincang panjang-panjang dengan pemimpin parti pembangkang pada
hari Khamis yang lalu. Ketika itu dia telah meminta pegawai awam melepaskan
jawatan mereka sama waktunya dengan pengumuman para jeneral mengenai penarikan
sokongan mereka.
“Reyes hanya mahu bertindak kalau rakyat marhaen
mahukan kehadiran angkatan tentera. Dia mahukan tindakan tenteraa itu satu
pertunjukan yang tidak berbisa semoga tindakan rakyat marhaen lebih menonjol
akan kekuatannya,” demikian yang disebut oleh satu sumber yang boleh
dipercayai.
Estrada Menggeletar
Sebaik selesai meluruskan yang berkedut, Reyes
bertindak menggunakan telefonnya, kata Mercado.
Dia menelefon Estrada untuk memintanya meletakkan
jawatan. Reyes telah menelefon Mercado untuk memberitahu bahawa semua panglima
angkatan bersenjata ada bersamanya di ibupejabat sambil berkata: “Kami mahu
berunding dengan anda.”
Mereka bertemu di sebuah tempat yang selamat di
pinggir Manila. Mercado menyatakan kesangsiannya kepada Reyes kemungkinan
berlakunya tumpahan darah di jalanraya, apabila warga tentera berantakan sesama
mereka. “Dia meyakinkan saya, perkara itu tidak akan berlaku.”
Estrada “menggeletar”, mengikut kata Mercado, tetapi
dia sedar bahawa sudah sampai masanya untuk dia beredar.
Kemudian, Reyes dengan diiringi oleh Mercado dan
semua pegawai tinggi angkatan tentera, pergi ke tapak rakyat marhaen sedang
bertahan untuk membantah, tanpa berbekalkan sebarang senjata. Dia membuat
pengumuman betapa meraka juga sudah berpihak kepada pembangkang.
Episod ini laksana ulang-tayang peristiwa
“kuasa rakyat” tahun 1986 dulu, yang bangkit memberontak secara aman untuk
menggulingkan Diktator Ferdinand Marcos. Cuma ada sedikit perubahannya, kata
Mercado.
Pada 1986, trindakan ‘mutiny’ (memberontak) di
kalangan beberapa bahagian angkatan tentera telah menaikkan
semangat berjuta manusia untuk keluar menyerlahkan sokongan mereka.
Pada kali ini, rakyat marhaen yang memainkan peranan
utama, sambil warga tentera hanya melakukan peranan sokongan untuk menentukan
keghairahan rakyat marhaen mahukan Estrada undur menjadi kenyataan,
katanya.
-Reuters-